Monday, December 31, 2018

3 TIPS NAIKKAN SALES ANDA DI SHOPEE

#3 Tips Simple Ni Yang Dapat Tingkatkan Jualan Anda Di Shopee


Mesti ramai yang mencari cara-cara untuk naikkan jualan di Shopee. Tambahan lagi anda baru berjinak-jinak dengan platform Shopee ni. Jadi, di sini saya ingin kongsikan beberapa Tips yang dapat membantu anda untuk tingkatkan jualan anda di #Shopee.

1 - Gambar Produk yang Menarik Perhatian
Perkara pertama untuk berniaga di E-Commerce ialah Gambar Produk. Gambar adalah perkara pertama sekali yang bakal pelanggan anda akan nampak.

Oleh itu, dengan gambar yang cantik & menarik, anda bakal memberi ‘Headshot’ terus kepada bakal pelanggan anda. Ini merupakan '1st Impression'!! Jadi, jaga-jaga.

Di dalam platform shopee, terdapat beratus-ratus produk atau brand yang sama dari peniaga-peniaga yang berbeza. Jadi anda haruslah bijak untuk kelihatan lebih menonjol dan menarik dari penjual yang lain. Biasanya...yang menonjol itulah yang bakal di pilih oleh pembeli.

Saya berikan contoh sekiranya ada pelanggan yang ingin belikan produk Tudung Bawal. Jadi pelbagai jenis tudung bawal yang akan muncul. Kebiasaan peniaga lain akan letakan gambar-gambar tudung mereka.

Tetapi, jika anda perhatikan gambar dibawah, terdapat satu ke dua gambar yang telah 'Frame'kan dengan warna Hijau dan ini dapat membuatkan produk tersebut lebih menonjol berbanding dengan yang lain.
Rujuk gambar di bawah :-



2 - 'BOOST'kan Produk Anda
Apa itu Butang Boost Now ? dan macam mana ia berfungsi?

Ramai yang tidak tahu bagaimana mana butang Boost Now ni bekerja. Di plotform Shopee telah disediakan satu butang boost di mana ia merupakan satu cara untuk menaikkan produk anda tersenarai teratas di laman shopee.

Butang ini juga boleh di jumpa di bawah gambar pada setiap produk jualan anda seperti gambar di bawah :-




Setiap kali pembeli mencari sesuatu barang, mereka akan menggunakan keyword. 
Contohnya pembeli ingin mencari produk Tudung Bawal. Mereka akan menaip "Tudung Bawal" di kotak carian. Kemudian senarai carian Tudung Bawal akan terpapar di laman shopee mereka.

Sekiranya anda menggunakan fungsi Boost ni, kemungkinan besar produk anda berpeluang keluar pada bahagian teratas dan pembeli akan nampak produk anda terlebih dahulu berbanding dengan produk yang lain. Anda boleh boost untuk 5 jenis produk sahaja dalam masa setiap 4 jam. JAdi, rajinkan diri untuk ‘Boost’kan produk anda.


Dengan gambar rajah di atas, makin jelaskan macam mana butang BOOST NOW ni berfungsi?

3 - Tag Diskaun
Dengan potongan harga diskaun dapat memainkan psikologi kepada bakal pembeli anda, siapa tidak tertarik dengan harga potongan atau jualan murah. Betul tak?
Oleh sebab itu, pihak shopee telah mewujudkan sistem ini supaya barangan yang dijual oleh penjual mudah dijualkan dan dapat memukau bakal pembeli anda.

Baik,cuba anda lihat gambar yang telah saya tandakan dengan warna merah pada gambar di bawah.


Tag peratus ini dinamakan dengan dengan nama 'My Discount'. Dengan kelebihan tag diskaun ini anda dapat tentukan sendiri berapa harga diskaun yang anda hendak letakkan pada produk jualan anda.

Sebagai contoh gambar di atas, penjual telah menetapkan berapa harga diskaun yang bakal pembeli dapat. Secara tidak langsung, pembeli akan berasa jimat jika membeli dengan anda dan segera membuat pembayaran sekaligus dapat meningkatkan hasil jualan anda.




Tahniah dan syabas saya ucapkan, anda telahpun mendapat #3 Tips Naikkan Sales Anda di Shopee. Sekarang anda hanya perlu praktikan sahaja apa yang telah di kongsikan. Sekadar tahu sahaja tidak akan membuahkan hasil kepada bisnes anda.


Anda harus cuba sendiri, barulah anda tahu bertapa mudahnya jika berniaga menggunakan platform Shopee ni. Jadi...tunggu apa lagi?? Bertindak la sekarang. Hee….




ANDA NAK BELAJAR LEBIH BANYAK 'TIPS &TRICKS' DI SHOPEE??




Saya lebih gembira jika anda belajar dengan orang yang lebih banyak pengalaman di laman E-Commerce seperti di Shopee. Yang dapat membantu dan membimbing anda untuk meningkatkan hasil jualan anda berlipat kali ganda.



  

Coach Mr.K mempunyai pengalaman berniaga di laman E-Commerce lebih dari 8 Tahun. Sebelum ini beliau menggunakan platform seperti Lazada, Lelong, 11 Street dan platform yang lain lagi. Beliau juga adalah antara orang yang terawal di jemput oleh pihak Shopee untuk menggunakan platform mereka dan secara hati terbuka ingin mengajar dan berkongsi pengalaman beliau kepada mereka yang betul-betul komited untuk berubah, meningkat ekonomi keluarga dan diri sendiri.


Beliau sendiri telah buktikan telah berjaya melahirkan ramai usahawan-usahawan dan berjaya meraih 4-5 angka jualan hanya di Shopee. Ini membuatkan saya lebih yakin untuk mengajak anda pada orang yang tepat dan dapat membimbing anda ke puncak kejayaan.

Selepas kelas berakhir, anda akan diserapkan di dalam Group Support. Coach Mr.K tidak akan membiarkan anda terkapai-kapai kelemasan. Team Kuat Coach akan membantu dan menjawab segala pertanyaan dan persoalan sekiranya anda mengalami masalah di Shopee.


Cuba lihat hasil anak didik Coach Mr.K di bawah :-


BARU BUKA 2 KEDAI SHOPEE WAKTU BULAN NOV, SALES 2 KEDAI RM6K LEBIH.





Pekerjaan Suri Rumah, dan sambil² berniaga di Shopee.
Sales sebulan=RM8,150.50 + RM917.28
Sales setahun=RM40,894.85
Cuba tengok 👇




2019, azam tahun baru nk mula niaga dan nak besarkan bisnes?
Tengok abg ni buat profit 25k di Shopee 😎👇





Bukan itu sahaja.....

Untuk pengetahuan anda, Coach Mr.K juga telah menyediakan produk kategori Home & Living pada mereka yang ingin berniaga tetapi tiada produk untuk dijualkan di Shopee. Anda boleh mendaftar sebagai Dropship dibawah jagaan Coach untuk permulaan ni tanpa sebarang modal permulaan.


Amacam, takkan nak duduk di tahap yang sama jee...


Tawaran Coach Mr.K dalam jangka masa terhad je. Saya sendiri pon tidak dapat berikan jaminan berapa lama tawaran ini bakal berakhir. Sekiranya anda benar-benar nak belajar dan tingkatkan ekonomi sendiri. Boleh klik link biru di bawah :-



>> KLIK DISINI JIKA ANDA BERMINAT NAK BELAJAR DISHOPEE<< "


Q : Saya tak ada masa la nak datang kelas. Macam mana?
A : Kelas kita dalam Telegram Group, belajar secara Online dan disediakan Video Tutorial. Jadi lebih mudah faham dan lebih cepat.


Q : Macam mana kalau saya tak sempat tonton video live tu nanti?
A : Video yang disediakan bukan Live Video, video yang dah direkod. Jadi, awak bole tengok video tu bila-bila yang awak ada masa free.



*** Jika anda rasakan pelaburan ini terlalu mahal, cuba anda bayangkan berapa keuntungan yang bakal anda perlolehi jika belajar bersama Coach Mr.K kerana yuran yang dikenakan bukan beratus-ratus ringgit atau beribu-ribu ringgit. Saya rasa tidak setimpal dengan keuntungan yang anda bakal raih nanti. 
Bak kata Mat Salleh :-
“Invest in Yourself, Then Invest in Your Business”


"Nampak share testimoni orang je...awak punya Shopee mane? 🙄"


Baiklah.. klik link bawah ni, pengalaman penulis sendiri berniaga di Shopee


>>> PENGALAMAN PENULIS SENDIRI <<<



Bertindak segera atau biarkan sahaja. Tindakan anda pada harini yang akan menentukan pada masa depan anda.